.A STORY.: Mencuri Masa Menulis
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Tuesday, February 21, 2012

Mencuri Masa Menulis

Assalamualaikum wbt.

Selamat petang kepada yang sedang membaca petang. sebab aku menulis ni waktu petang. oke bebel.
Wooh! Petang ni sengaja mencuri masa menulis belog yang dah lame bersarang sikit lagi nak jadi tempat pembiakan nyamuk. uhuu.. nyamuk sukakan air jernih. oke. ngarut.

sebenarnya aku teringin nak kongsi sumthing ngn sesape yang membaca ni...iaitu program pembelaan aku selama 2 minggu di rumah campur ngn 2 hari semasa post mortem practical. iaitu pembelaan seekor ulat beluncas.


kisah nya begini....

Pada suatu hari, Cik Haida berjalan dengan sahabatnya iaitu Cik Zuzu dan Cik Aya. Kami baru sahaja keluar dari makmal post-mortem dan bergerak dengan laju menuju ke kafe kerana perut kami kelaparan kerana pada hari tersebut kehidupan kami di makmal tersebut agak lah free.. Kemudian, oleh kerana Cik Haida ingin meletakkan barang di dalam kereta, Cik Haida berjalan lebih laju sedkit meninggalkan kedua rakannya terkapai-kapai di lautan tanah. Semasa Cik Haida terkocoh-kocoh mendapatkan rakannya kembali, Cik Haida hairan sambil mengerutkan dahi, "wahai rakanku..apakah yang kalian sedang lakukan?" tanya Cik Haida pelik melihat kedua rakannya bermain-main sesuatu di tepi longkang. Haha. Gaya macam busuk kan. Sori ye. Fakulti saya baru. Jadi semua nya baru longkang pun takde sampah. Kih3. yo o jek. Nah! inilah yang mereka jumpa!




Kemudian Cik Haida mengambil keputusan untuk membela. Nak tahu kenapa? Sebab sejak dari kecil Cik Haida bercita-cita nak lihat kejadian satu persatu beluncas menjadi rama-rama.Sebab dulu Cik Haida pernah jugak membela ulat. Akan tetapi, Cik Haida terlalu 'pandai' sangat sampaikan ulat biasa dengan ulat beluncas pun tarak dapat beza ka??? Haha. Dan kali ini. Sungguh! Ia benar-benar ulat beluncas.


Dipendekkan cerita, berbekalkan sehelai daun Cik Haida membawa pulang ke hostel. dan inilah dia rumah dia.



Selepas 2 hari membela ulat tersebut, Cik Haida pun malas dah menulis. Biar gambar bercerita. kah3.

Ni masa hari ke 2 kot

selepas tu, tibe2 je die bertukar warna jadi lebih kehitaman..ingatkan die nk mati ke ape..tp die berak byk2..hahah

Ni mase ari ahad pagi tengok die dah jadi macam ni. Mase tu hari ke 4 aku bela die tak silap.

Badan die seakan disaluti wax separuh badan. mase ni die tak gerak2 da. Sekali lagi ingat die mati da..tapi aku pegang, then die godek2 kan ekor die. haha. Ekor die yang kuning tu.

Ni mase selepas seminggu tepat aku bela dia. Masa ni nak bawak die g kl. Taknak la tinggal die kat rumah sebab mak aku ada meeting dalam 3 4 hari gak.

Ni bekas aku bawak die g kl. potpuri. Tapi aku amek bunga cempaka jiran aku bubuh konon2 bg wangi sebab die serangga kan..haha.

Ni kat hotel. Aku tengok die makin mengering jek. Risau sebab dalam hotel kan sejuk ngat. Sampai takut die mati kesejukan. Bengong tol. So aku pun guna hair dryer panaskan die. Lepas die godek ekor, baru aku kompem die tak mati lagi.hahah

Ni 2 hari sebelum die menetas
Masa hari die nak menetas tu, aku pegang kepompong pelik die tu. mase aku belek2 tengok da kering sangat2 kulit kepompong tu. Tibe-tibe die keluarkan pale. terkejut aku sebab bukan rama-rama. aku nampak die macam katak mule2..
Ni masa aku bawak die balik rumah Pahang da. Die netas kat umah abg aku kat Selayang. Aku rasa die comel. Aku serius tak tau ni menatang ape.
Ni la die mase ni aku baru nak bebaskan die. Saju nk bebaskan kat Pahang. Sebab mase dalam kereta baru die pandai2 terbang.

Die baek. Kalau duduk kat aku die tak terbang pun. HAha.

Last aku nampak die. Lepas tu dah tak nampak pun da...


Wuwuwuw..

Oke. Habes cerita. Mari study. Sem8 dah ni. Kena struggle..Kah3.

No comments: