.A STORY.: CERITA SI DIA
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Friday, September 3, 2010

CERITA SI DIA


i love you - those three words have my life in them.

mula-mula dulu saya kenal awak, awak pendiam je saya rasa. awak tak pernah bercakap dengan saya dalam kelas pon walaupun kita sama kelas masa tu. tapi saya suka sangat pandang awak. haha. kawan-kawan saya pun tak tahu. masa tu saya berangan, kalaula saya jadi kapel awak. masa saya berangan tu saya tengok awak tengah study dengan kawan baik saya. awak dengan dia memang rapat. mungkin dari kerapatan itu jugak bawak saya dan awak macam ni sekarang. awak pernah cerita, awak kate yang awak lawak sangat tengok bila saya nak balik prep malam tu. saya terlanggar bucu meje dan cool je semula. haha. rupenya awak ade tengok saya ek. (^^) 

saya yang mula mengacau awak. saya yang mula suka dekat awak. tapi takde pon orang tahu sebenarnya. awak pun tak tahu. saya mula kacau msg dengan awak. tapi tersalah antar, rupanya kakak awak yang jawab msg tu. tapi sejak tu kita rapat. sehinggalah satu hari tu awak tanya saya masa kita msg. "boley tak orang lain panggil kita kapel?" ayat ni saya ingat sampai sekarang dan bila-bila. dan alhamdulillah saya dengan awak sekarang. saya suka awak. banyak sangat sebenarnya kita da gaduh. tapi saya suka awak sebab awak kate mana ada hubungan yang sentiasa gembira. bagi saya, setiap kali kita gaduh, sebenarnya semakin kita memahami antara satu sama lain. walaupun kita selalu bergaduh, tapi saya tetap sayangkan awak.

saya nak tulis pasal awak. sebab saya rindu sangat dekat awak sekarang. raya nanti awak tak da kat sisi saya. saya tak pernah beraya dengan awak. walaupun dah hampir 5 tahun kita kapel, tapi sekali pun saya tak pernah beraya dengan awak. tapi takpe, saya faham kita jauh.

awak.. terima kasih sebab awak selalu mengalah dengan saya. walaupun saya selalu buat awak geram dengan perangai saya. tapi sebenarnya saya sayangkan awak. saya jiwang kan? haha. takpe. saya jiwang dengan awak je. dengan mata orang lain, saya ni kasar, bengis. ada yang cakap gedik. tapi saya tak kisah dengan semua tu da. sebab awak rasa saya ok. jadi saya pon ok je la.

saya sedang cakap pasal awak..

SABRI BIN KASIM

saya sayangkan awak..

awak kena jaga saya.. (sambil mendengar music cloud - kiss the rain~)






No comments: