.A STORY.: 2014
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Wednesday, February 5, 2014

Tanggal 4 Feb 2006

Assalamualaikum pembuka bicara.

Jari jemari kembali menaip. Selagi belum jarum jam berkumpul 1 arah, selagi itu rasa ingin menitiskan sepatah dua perkataan dalam blog sempena cukup 8 tahun perkenalan aku dan tunang.

Lama. Begitu lama kadang2 aku tak kenal siapa tunang aku. Kalau yg baru lahir tu dah sampai darjah 2. Yg baru kahwin mungkin dah ada anak 4 atau 5.

Terima kasih kerana tahan karenah aku. Walaupun orang cukup payah nak kenal aku dan sampai 8 tahun pun aku tahu, mungkin baru kenal aku chapter ke 2 daripada 5.

Aku, kuat emotional. Kuat menangis. Selalu ingin perbaiki diri jadi kuat, tapi manusia seperti aku kadang2 tersungkur dengan perasaan silam. Maaf dan tolong maafkan aku sekiranya detik 8 tahun aku masih dgn fikiran silam.

Aku takut untuk hadapi kenyataan yg menyakitkan. Jadi tolong bagi aku kekuatan supaya aku tak gundah memikirkan perkara yang aku risau.

Tolong, jangan sedih dgn sikap aku yg begini. Kerana ini adalah aku sejak 8 tahun dulu. Cuma, aku semakin matang dan dalaman aku kuat. Semakin menjadi perahsia supaya tiada yg sakit. Silent is better.

Tuhan Maha Agung. Hebatnya Dia. Kenalkan aku dengan tunang begitu lama. Kuatkan hati aku untuk memilih dia. Kuatkan aku tabahkan aku untuk melalui dugaan. Kerana Allah itu Pencipta segalanya. Dia tahu apa yang terbaik untuk makhluknya.

Semoga pada tarikh ini tahun seterusnya, aku menjadi kekasih halal. Doakanlah.

Friday, January 3, 2014

Mencari kehidupan 2014

2014. Dengar macam biasa je. Memang biasa pun sebenar. Tapi untuk manusia seperti aku yang dalam perjalanan mencari kehidupan yang lebih baik, 2014 aku jadikan permulaan untuk kehidupan baru.

Tahun 2013 aku yang begini;

..awal tahun 2013, aku menjalankan projek yang aku asyik duk dgr2 org ckp FYP..FYP..FYP..then, aku dah pun berjaya menjalaninya. "The Effects of Kaempheria pandurata on Spatial and Non-spatial recognition memory in Mice"..

..as usual, student vet wajib hadapi Comprehensive Examination. CE ni exam yang paling menakutkan la sbb yg ni la akan menentukan samada ko lulus atau pun gagal course vet ni. Study macam org gila tapi bila rasa nak tengok wayang aku pegi jek, rasa nak shopping, aku pegi jek. So kepada sesapa yang nak amek course vet aku nasihatkan anda semua struggle atau kuat bahagian basic. Mesti. Bila taw basic banyak, yang lain2 mesti much better untuk faham..

..then bulan 7 aku decide untuk kerja dengan klinik haiwan kt putrajaya. Dah pegi intevieq and dah dapat pun. Tapi tiba2 aku decide xjadi nk kerja situ sebab aku plih krja kedah..klinik haiwan jugak. Di alor setar. So aku officially start kerjaya aku pada 19hb august 2013..

..bulan 10 aku bergelar tunangan orang dah. I think tak perlu nak cerita banyak pasal sebab dah ada entri before this..

..ujung bulan 10 aku konvo! Pagi konvo kat main campus amek degree. Then petang majlis ikrar kat fakulti. Aku rasa budak medic pn mcm ni kot. So bila ari konvo ni penat cket la. Sbb nk kena rush2 dr main campus ke fakulti. Memang xjauh tp dengan jem dan xmakan lagi, memang jd rush la. Dah siap ikrar lam auditorium so nk dengar ucapan2 tu memang aku ngantuk gila ah.nak borak ngan kawan2 pun xbapa nak boleh lama sebab kita dtg ngn family so memang family first lah. Hihi..

..then after konvo aku pulang ke alor setar bekerja kembali sampai lah 31 disember 2013. Tepat 31 disember 2013 aku officially resign dengan cara yang elok. Bukan sebab kerja teruk ataw pape, tp cuma aku mencari kehidupan yang lebih baik..

Jadi 2014 lah aku berhrap dapat permulaan mencari kehidupan semula.
Semua yang dilalui cuma kehidupan, dan apa yang aku harap aku lebih baik.