.A STORY.: June 2012
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Wednesday, June 27, 2012

Separa pekerjaan

Assalamualaikum wbt. selamat senja! Sambil menghirup kuah kuey teow kungfu panda ni, rasa macam nak menulis la plak kan. Menulis la ape2 pun. 

Alam pekerjaan di makmal pada hari pertama:

Wah. ada budak praktikal laen la jugak baru datang. Sebijik kancil. Oke. dalam 3-4 orang je kot. Takpe lah. Pegi je daftar kat pakguard. Hamek kau. Ada lagi dalam 10 orang perempuan yang praktikal jugak. dan jumlah kesemua tempat praktikal adalah 20 orang. Fuh mak aih. ni fakulti ke ape? Haha. Actually mereka yang lain tu pelajar universiti lain. Oke hari pertama biase la. Tak de la nak tegur bagai kan. Aku kan sombong. Hah???


Hari kedua. dah start dapat bahagian mana yang nak duduk. Oke. baru start senyum2 kat surau. tanye sikit2. mereka la yang tanya i n zuzu ye. Tanya umur pulak dah. sebut je 23 tahun. terus cakap.. oh..akak la ni. Heh??? dah tua rupenya aku. 

Hari ketiga. Hari ini. Dah start tegur2 gelak2 kat dalam tempat lab dah. tetibe aku rasa aku cam banyak cakap plak. tanye itu ini. nama la. apa la. duk mana la. perbetulkan ape orang kate la. tetibe aku rasa macam. Eh? Bajetnye kau Haida. Mase balik tu aku pikir. Oke lah. Mulai esok nak senyap je la. Nanti takut plak orang kate aku ni minah kecoh plak. Daripada tak suka orang cakap camtu kat aku baek aku jangan banyak tanya sangat. 
Huh! susah tol kalau ada semangat inkuiri yang tinggi ni. Hihihihi.


#Study masih belum bermula. Apa nak jadi ni.

Sunday, June 24, 2012

Terkadang Dengan Rerakan Karib.






TERASA LA JUGAK HATI INI APABILA PERTANYAAN YANG ELOK DIJAWAB ACUH TAK ACUH. ERM.





Friday, June 22, 2012

Syukur Berjaya Mengharungi Tahun 4. 1 tahun lagi.







SUDAH 2 MINGGU AKU MENANTIKAN SAAT INI. ALHAMDULILLAH HABIS SUDAH 7 SUBJEK UNTUK FINAL KALI INI. MULAI HARI ISNIN KENA STUDY DAH. (untuk final year!) \

ARAH TUJU SELEPAS INI: MAKMAL KESIHATAN AWAM SALAK TINGGI DAN LADANG RUMINANT.













Sunday, June 17, 2012

Untuk Dia dan Abahku

Assalamualaikum dan selamat malam.

Aku, Haida. Malam ni sedang berusaha bertungkus lumus untuk exam petang esok. Walaupun sedikit yang perlu dibaca, tiba-tiba hati rasa aku hanya mampu merancang. 

Perjalanan aku jauh lagi. Aku mungkin terlalu muda untuk memikirkan semua tu buat masa sekarang. Habiskan apa yang aku alami sekarang. Ntah 1 ntah 2 ntah 3 taun lagi baru la aku pikirkan nya. Cuma jangan risau, tiada yang berubah dalam hati yang telah merancang.

Aku nak study. Betol2. Maafkan aku. Sebab ini sahaja cara untuk aku menolongmu, sayang. Yang aku pinta hanya 1. Dalam perjalanan mengenali hati budi ini, berikan satu benda untuk hatimu. Hadiahkan hatimu perkara ini, kesetiaan. Kesetiaan dalam hubungan, samada hubungan dirimu dan tuhan, begitu juga hubungan dirimu denganku. Itulah yang terbaik jika dirimu inginkan yang terbaik. Sematkan perkara itu dalam perjalanan kita. InsyaAllah. Bukan aku saja, tapi tuhan pun akan tolong kita. 



Dan Selamat Hari Bapa buat abahku.

Adik tak tau nak cakap apa-apa sempena hari bapa. Tapi masa adik bagi msg cakap Selamat Hari Bapa, abah cakap terima kasih ingat kat abah. Ya Allah, mana mungkin adik lupakan abah adik yang terlalu adik sayang. Terlalu banyak yang ada pada abah yang adik tak mampu tulis kat sini. Cukup adik simpan dalam hati. Maaf jika tak dapat jadi anak perempuan yang baik. 

Abah, terima kasih jadi abah yang sangat rajin dan sangat baik. Terima kasih sebab kesetiaanmu kepada mak yang sekalipun tak pernah mencurangi mak. Walaupun kadangkala kita ada bertengkar, tapi adik sayang kat abah! Adik tak pandai luah depan-depan. Cukup luahan dalam doaku untuk mu.
Semoga sihat selalu, semoga dimurahkan rezeki, dan semoga dipanjangkan umur.





Gambar abah paling sporting! Cuba rambut palsu.

Friday, June 15, 2012

Tersenyum tentang mereka yang akan menghalalkan hubungan.

Selamat Hari Jumaat. Walaupun mase aku taip ni dah hampir pukul 12 malam.

Tik tok tik tok. Jam berdetik je lebih. Baca nota? 2 chapter je baru. Tak leh jadi aku ni. Kalau tak stress payah betol nak study dengan bersungguh. Apa yang aku perasan, kalau aku stress esok nk exam, baru aku bace dan terus faham. Pelik betol la. Masa yang sekangkang kera jugak yang aku cari. Pastu apa yang aku buat? Online ntah apa-apa. 

Tapi actually aku menulis entri ni pada malam yang tak hening sangat sebab duk dengar budak junior bersembang kat rumah lain tu sampai dengar kat bilik aku --> oke berbalik kepada tajuk, nak ucap tahniah kepada kawan-kawan aku yang 3 orang sekali gus kot taun ni. Hey! Seronoknya korang dah sampai masa diijabkabulkan! Mula-mula yang aku tahu baru seorang. Kemudian dah tengah taun ni tup-tup tambah lak lagi dua orang. Makan kenduri saje la aku pasni. Kalau campur 3 orang wife-to-be ni, maksudnya dah 4 orang batch sekolah aku yang dah kahwin and nak kahwin. Tu yang aku tau. Yang aku taktaw plak? Tibe-tibe lak ujung taun ni tambah 3 4 orang lagi. Hey, i pun teringin nak kahwin jugak. Tapi, perjalanan hidup aku, belum tertulis untuk semua itu. Insya-Allah akan datang. 

Ada yang bertanya, "ko bile lagi, Haida?" "Ko la plak pasni.."
Ye aku tahu, aku dan die dah 6 tahun sengah dah kenali hati budi. Tapi belum masa lagi camane ni?? Haha. Nasib baik i baru sweet 23. Hihi.

Haha. Jawapan aku senang je. Macam yang tertulis kat atas tu. Masa aku belum sampai lagi. Kalau dah sampai takkan la aku nak sorok benda yang baik. Jadinya, selagi aku tak jemput, belum lagi ar tu. Hihik.
Oh ye, bukan aku tak fikir pasal semua benda tu. Kita manusia mestilah ada perancangan kan. Cuma perancangan kita tu kita sendiri tak tahu bila akan terlaksana. Oh jugak. Kat sini aku nak bagitau awal-awal, kalau aku jemput kenduri je takpe la kan? Sebab risau jugak kalau tunang kan biasa buat senyap-senyap je, then bile kawan-kawan dapat tau, diorang marah sebab tak bagitau. Camane kan? 

Lagi satu, aku rasa before aku, mesti berderet-deret lepas ni ke jinjang pelamin. Kawan-kawan baik aku sendiri Fara, Naz, Kumey, Zaza tu entah-entah diorang dulu.

Oh, ye. Actually aku tak pernah langsung lagi pergi kenduri kahwin kawan aku. Tidak kira la sekolah menengah ke rendah ke. Tapi kali ni, sebab 3 orang kawan aku ni perempuan, jika dijemput, akan ku cuba sampai, walaupun pada masa tu aku dah masuk sem 9 aka 5th year as DVM student. Oke malas cerita pasal kesengsaraan belajar. Boring la nak cite. Benda yang sama. Haha.

Seronok jugak kalau dapat jumpe kawan-kawan lame. Boyfriend lame ke. Nanti Sabri jeles lak. Kah3. Antara banyak-banyak kawan yang the best, adalah kawan sekolah menengah aku. Seriusly tak tipu. Even aku dah 4 tahun kat vet ni, aku tak jumpa pun lagi kawan yang seperti kawan sekolah menengah aku. Mereka paling best. Susah nak explain kenapa.

Okeylah. walau camana pun, aku nak ucap tahniah dan semoga persiapan korang kawan-kawan aku ni untuk ke alam perkahwinan berjalan dengan lancar. Hey, nanti korang dah bersuami, tak leh cuci mate. haha. Gurau. Tata. 

(^,^)

Thursday, June 14, 2012

Semangat Yang Ada

Hey Haida.

Tutup cerita luka.
Dari hari ini, biar kegembiraan bertandang di blog ini.
Supaya semangat sentiasa berlegar-legar.
Setiap hari bermula dengan senyuman.
Nipiskan bibir dengan senyuman.
Terima kasih kepada penggembira dan peluka hati.
Nasihatmu akan ku kendong.




Kisah sedih, aku dan tuhan saje.

Manusia macam aku.

Assalamualaikum

Kepada malam yang menemani rasa hening ini. Apabila mata yang rasa perlu tutup masih cekang utuh mahu membuka. Walaupun sudah beberapa malam penat kelopak mata ini. Jari-jemari teringin mengungkap sesuatu tentang diri.

Bila banyak kata tidak layak untuk berkata
Bila banyak kata tidak boleh berkata
Bila banyak kata perlu dipendam
Bila kata hanya untuk meluka
Bila banyak kata tersimpan tersimpul

Dan
Bila banyak rasa tidak boleh terluah
Bila banyak rasa tidak perlu ada
Bila banyak rasa hanya buat meluka

Bila
Kata dan rasa perlu disimpan
Bila
Kata dan rasa keluar melalui air mata
Bila
Rasa dan kata tidak layak didengar


Aku layak menjadi manusia hipokrit
Mengalir air mata tatkala menggelar diri manusia hipokrit
Kerana, jika banyak kata aku tak boleh ungkap, banyak rasa aku tidak boleh meluah
Apa lagi layak untuk menggelarkan aku
Patung.

Rasa terindah biar berpanjangan. Berbincang tentang aku tidak usah. Jangan bicara tentang aku, hanya buat meluka. Jangan dengar tentang aku. Buat menyampah. Apalah hati ini jika tidak boleh berbicara.

Cuma ingin berkongsi. Cuma ingin kau tahu apa aku rasa. Kerana aku juga manusia. Ada rasa sedih. Ada rasa gembira. Bila yang sedih hendak digembirakan, apalah daya aku. Bila kau berada kesedihan juga, bukan sekelip mata berubah gembira. Manusia tidak sempurna seperti aku, sebenarnya manalah layak berkata-kata begini. Takut menyakiti.

Terima kasih blog. Sekurangnya ada kau buat lepas hipokrit.

Wednesday, June 13, 2012

Kalau perasaan setiap malam.

Malam-malam yang kebosanan.
Hampir setiap malam rasa begitu.
Dengan nota penuh di meja.
Hati di merata-rata.

Pernah rasa berlaku sebosan ini?
Kamu pernah. Tapi akan aku menjadi pesalah.
Aku? Tak mampu.
Hanya mampu tersenyum dari kejauhan.
Mendekati kefahaman yang dipinta.

Pernah rasa mengantuk yang seteruk rupa?
Tapi demi dia sanggup menahan.
Pabila kadang-kadang kepala tersengguk..
rasa hendak menangis.

Penggembira dan peluka hati.
Biarlah rasa ini normal.
Supaya aku tidak mencalitkan pergaduhan.
Di antara kami.

Tiada yang terluah.
Seorang diri memendam.
Bukan kecewa sahaja yang sakit, tapi perasaan tiada buat apa-apa satu rasa yang sakit.
Bila jiwa tak boleh meluah.
Takut dikata tidak memahami.

(T,T)
Aku mahu pergi menangis.
Sekurang-kurangnya menangis menemani aku.

Tuesday, June 5, 2012

Shoot for the Moon.


After baca Veterinary Public Health Subjek, kat belakang sekali ada tulis yg ni. Yup! Sangat setuju.  



Pastu google2.. jumpa yang ni plak dah. Hahaha. Lawak.




p/s: Good Luck to all yang menduduki peperiksaan. Tak kira dari budak tadika sampailah Universiti atau atas2 lagi. Juga termasuk ujian dalam hidup. (^_^)

Sunday, June 3, 2012

Miss U, Rumah & Suasana selain Kolej!

Terasa kebosanan melanda-landa. Bosan sangat. Dan sangat.

Huh. Nak study mood kena paksa je. Tak suka. dari dulu sampai sekarang aku tak suka paksa diri. Tapi terpaksa memaksa. Macam mana la nak bagi tak bosan. Muak dengan suasana berada dalam bilik di kolej.

Masuk bilik, nampak meja, katil, tingkap, laptop. Online bosan. online. pastu bosan. Baca nota. Pastu bosan. baca lagi nota pastu bosan. Dah paksa dah. paksa jugak. duduk sorang-sorang dalam bilik kebosanan.

Nak balik rumah. (T,T)
Rindukan rumah.

Rindukan suasana ini.

Suka bila hari raya.

Kolej? kosong. kosong. kosong.

Friday, June 1, 2012

King 2 Heart

Today is the last lecture for my 4th year in DVM! OMG.. Sem depan dah 5th year. Bukan perkara tu nak cerita. Bosan.


Baru habes tengok cerite Korea. Yup. I'm crazy to Korean drama. Kih3. Last korea yang aku tengok baru habes adelah King 2 Heart. Mule2 cerita ni aku terbukak je mase kat Maadu.com mase ngah explore nk tengok cerita apa. Then tertengok la plak sampai habes episode 1. Dengan komen2 kat sebelah tu cakap drama ni best la ape la kan. So, oleh sebab nak tengok dengan lebih laju. Aku prefer bukak dramacrazy.net..kat sini sume ada.Korea, Japan, Taiwan. Kalau Maaduu tu Korea je kan.

Dari Kiri Penjahat, Heroin, Hero, Princess (Adik Hero), Soldier

Cerita King 2 Heart ni tak banyak la sangat soal cinta. Tapi bab percintaan tu best la. Cerita ni lebih kepada kenegaraan. Ketenteraan, Raja-raja. Hero adalah King, Heroin Tentera. Dengar macam tak nak la tengok cerita macam ni! Ntah pape jek. Haha. Masa aku tengok cover untuk cerita ni, rasa macam tak best je. tapi sebena best! Aku bagi 4/5. Malas nak bagitau sinopsis ke apa sebab kalau aku nk tengok cerita tu aku mesti tak nak tau cerita tu camana. Yang aku nak tau ade dua jek:

1. Happy ending ke x?
2. Hero die mule2 tak suke pastu baru sedar tersuke sebena

Cukup 2 syarat yang ni, cukup dah utk aku tengok cerita Korea. Tapi! Aku takkan tengok cerita Korea yang lawak semata-mata. Tak layan. 

Hero Kedua, Heroin, Hero, Heroin Kedua
Oh ye. Sebelum cerita King 2 Heart ni, aku tengok Shining Inheritance. Cerita ni hero yang sama dengan King 2 Heart berlakon. Lee Seung Gi. Macam biasa. Happy ending n hero mule2 tak suka sangat pastu cinta. Typikal cerita Korea. haha. oh. Tapi yang aku nak bagitau Shining Inheritance ni buat kan aku rasa nak menjaga duit tu dengan sebaiknya. Betapa susahnya sebenar nak ada duit tau!

babai. Tengahari Jumaat yang nyaman tanpa ada kelas pada petang nanti buat rasa mahu tidor!